Sunday, December 27, 2009
Awak,Fina sayang awak.
Hati ini mula terpaut pada dirimu disaat bertemunya aku dan kamu.
Perasaan rindu itu semakin membara dan perasaan sayang itu bertambah
hari demi hari tanpa aku sedari.
Aku tidak dapat menafikan bahawa aku terlalu sayangkan dirimu.
Hati dan perasaan ini sudah pun menguasai diriku.
Aku tidak dapat lagi menyimpan perasaan cinta ini.
Dirimu terlalu berharga buatku sehinggakan aku tidak mahu kehilanganmu.
Sungguhpun kau tiada di depan mata namun kau ada tersimpan di lubuk
hatiku.Hembusan nafasmu,Degupan jantungmu dan senyum tawamu masih lagi segar diingatanku setiap malam.Wajahmu sering saja muncul dalam mimpi mimpi malamku.
Aku akan tetap menunggumu walaupun 5 atau 10 tahun akan datang.
Aku anggap itu sebagai satu janji dan tidak ada satu orang pun
di muka bumi ini yang boleh menghalangi diriku untuk meneruskan perjanjian ini.Dan itu termasuk dirimu sendiri.
Dan jika kau harus pergi 2 tahun akan datang,aku akan sentiasa mendoakan
kesejahteraanmu disana.Aku akan menanti kepulanganmu.Aku akan relakan kepergianmu dan aku akan menantikan kepulanganmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment