Sunday, October 25, 2009

Aku.Engkau.Dia

Aku
terluka sendiri
mengenang nasib
nasib ditimpa cinta

Engkau
tiada menduga
aku merana
kerna mencintaimu

Kau mencintainya
aku kecewa
dia yang kau puja
tentu bahagia

Tapi aku
sendiri memendam rasa
apa yang kurang
pada diriku

Kehampaan ini
biarkan kutanggung sendiri
asal kau bahagia
hidup dengannya

Aku engkau dan dirinya
telah terjerat
dalam gelombang cinta





Untukmu,

Sungguh aku terlalu rindukan masa lampau
Masa dimana banyak kenangan indah aku bersamamu.
Walaupun hanya 5 bulan masa itu berlalu.
Maafkan aku jika dirimu terluka.
Sedikit pun aku tidak ingin lihat dirimu terluka
dan berairmata.
Dan ianya sudah terjadi dan aku rasa terlalu berdosa.
Berdosa kerana dirimu sudahpun terluka dan berairmata.
Maafkan aku sayang.
Diri ini tidak dapat lagi menahan rasa rindu terhadapmu.
Setiap malam tidurku hanya bertemankan airmata.
Seandainya masih ada lagi cinta dihati ini
akan ku benamkan serpihannya untuk selamanya.




-Malamku hanya ditemani airmata.

No comments: